Kata-kata terakhir seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kategori autisme ini menyentuh hati ramai apabila permintaan terakhirnya kepada ibu hanyalah agar dia tidak dimarahi sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Mangsa maut dihempap blok konkrit semasa bermain dan menggali lubang di kawasan pasir di depan rumah di Kampung Dalam Rhu, pAsir Puteh petang semalam lapor Kosmo.
Manakala bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir, 12, dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ibu kepada mangsa, Nurul Anis Abdul Rahman yang berada dalam rumah semasa kejadian bergegas ke tempat tersebut selepas dimaklumkan anaknya Siti Nur Amyliana mengenai abangnya yang terhempap blok konkrit.
“Saya sudah tiada cara lain sebelum terus berlari kira-kira 100 meter untuk meminta pertolongan penduduk kampung.
“Dengan bantuan kira-kira tujuh penduduk kampung, blok konkrit itu berjaya diangkat, namun keadaan Mohammad Yusof ketika itu sudah terlalu lemah dan Muhammad Yunus pula cedera.
“Mohammad Yusof sempat berkata kepada saya ‘Ma jangan marah, saya nak mati dah’.
“Saya yang sudah menangis hanya mampu memangku dan memeluknya dengan harapan agar dia dapat terus bertahan,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Kongsinya, anaknya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.
Mayat Mohammad Yusof dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat manakala, Muhammad Yunus dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
“Mohammad Yusof merupakan dan Muhammad Yunus merupakan murid Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu.
“Mohammad Yusof merupakan OKU kategori ketidakupayaan intelektual atau autisme,” ujarnya.