Gambar menu nampak ‘premium’, sekali sampai meja terus hampa

Oleh MALAYSIADATELINE

Tular di media sosial luahan seorang pelanggan yang mendakwa kecewa selepas menerima hidangan makanan yang didakwa jauh berbeza daripada gambar dipaparkan pada menu sebuah premis makanan.

Menerusi hantaran dimuat naik di Threads, individu tersebut menegur peniaga agar tidak menggunakan gambar makanan yang dipercayai dijana kecerdasan buatan (AI) sehingga boleh mengelirukan pelanggan.

“Tolonglah nak meniaga tu jangan guna gambar AI. Bayangkan orang tengah lapar, dengan kepala otak tengah kusut satu-satu masalah, last-last dapat makanan macam ni, kecewa betul.

“Dengan keras, liat, panas,” tulisnya.

Hantaran tersebut turut disertakan perbandingan antara gambar menu yang kelihatan lebih menarik dengan hidangan sebenar diterima pelanggan.

Perkongsian itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika makan di restoran tertentu.

“Tertanya kalau benda macam ini terjadi, boleh tak kita minta tukar? Sebab ia tak seperti jangkaan. Macam langit dengan bumi betul bezanya.

“Nipisnya, berapa gram tu, cuma nak kongsi tip kalau makan macam ini, tanya dia berapa gram daging dia akan gunakan untuk portion.

“Soalan serius, boleh report ke kalau dapat macam ini. Aku ni baran juga kalau bab makanan.

“Ya allah dagingnya senipis iman,” antara komen pengguna Threads.

Baca juga: Pedofil semakin agresif, ini kenapa pengesahan umur media sosial perlu dilaksana demi lindungi kanak-kanak