Seorang wanita warga Indonesia berkongsi lima sebab mengapa dia memilih Malaysia berbanding Thailand, meskipun kedua-dua negara itu popular sebagai destinasi pilihan warga asing di Asia Tenggara.
Menurutnya, terdapat beberapa perbezaan ketara dari segi kualiti hidup yang membuatkan Malaysia lebih selesa untuk didiami dalam jangka masa panjang.
Dari segi kos sara hidup, Thailand diakui memang jauh lebih murah, tetapi Malaysia menawarkan nilai kehidupan yang lebih baik dengan infrastruktur yang moden.
Sudut gaya hidup pula, Thailand lebih hidup dan meriah, sesuai kepada pelancong. Di Malaysia pula, suasananya lebih teratur, seragam dan umumnya lebih tenang untuk tinggal jangka panjang.
“Kategori ketiga adalah makanan. Masakan di Thailand memang terkenal pedas dan mendunia. Sedangkan Malaysia menawarkan perpaduan unik antara Melayu, Cina dan India.
“Keempat, untuk tinggal jangka masa panjang. Kalau Malaysia mempunyai pilihan visa lebih baik, kota yang lebih aman dan pengangkutan awam yang bagus.
“Jadi kalau Thailand mungkin lebih sesuai untuk tinggal dalam jangka masa pendek, bercuti, pengembaraan alam,” kata pengguna TikTok Cici Malay.
Bagi destinasi pelancongan, wanita itu berkata Thailand terkenal dengan pantai dan pulau yang indah, manakala Malaysia menawarkan suasana pergunungan dan keindahan kota moden.
Baca juga: Nik Zawawi akhirnya mohon maaf selepas dikecam, tarik kenyataan berkaitan sahabat Nabi