Rakaman kumpulan jemaah haji dari Indonesia yang berhias dengan busana berwarna warni dan perhiasan penuh di badan sejurus tiba di tanah air menjadi perhatian.
Rakaman dimuat naik pengguna TikTok @guzeltour.id menunjukkan kumpulan jemaah wanita yang baru sahaja tiba di lapangan terbang dan disambut ahli keluarga.
Difahamkan, mereka menggayakan pakaian khas suku Bugis dan Makassar yang merupakan sebahagian daripada adat mereka.
Selain mempunyai hiasan manik berkilau, ada antara mereka memakai barangan kemas sarat di badan.
Tradisi dipanggil Mappatopp itu dilakukan oleh jemaah yang baru pulang daripada menunaikan haji.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Mereka menyifatkan ia adalah budaya dan adat yang harus dipertahankan, selain meminta orang ramai untuk tidak menyebut perkara yang tidak baik kerana ini adalah cara mereka untuk meraikan diri mereka sendiri.
Baca juga: Populariti PM Anwar rupanya masih belum pudar, kekal dahului carta ‘puas hati’ rakyat