Datang negara orang bawa perangai pengotor, macam mana lah rakyat Malaysia tak marah

Oleh KIM SYAZIE

Sejak semalam rakyat Malaysia terus meluahkan kemarahan selepas tular rakaman warga asing yang membuang air kecil sambil berdiri ketika menuruni tangga bergerak (escalator).

Dalam rakaman dimuat naik di Threads dan tersebar ke seluruh platform media sosial, individu menggunakan akaun its.danishafiq mendedahkan rakaman seorang lelaki warga asing yang pengotor dan biadab.

Dalam rakaman itu, lelaki itu dilihat berdiri di escalator yang sedang turun sambil membuang air kecil dalam keadaan berdiri.

Individu itu juga buat tidak tahu seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di stesen MRT Titiwangsa.

“Baru nk pergi kerja ternampak warga asing kencing berdiri & bersepah dalam MRT Titiwangsa,” kata danish.

Perkongsian itu menimbulkan kemarahan ramai yang mengutuk sikap pengotor warga asing berkenaan.

Mereka rata-rata mengecam perbuatan itu yang mencemarkan kebersihan kawasan MRT yang selama ini dijaga dan diselenggara dengan baik oleh pihak pengurusan.

Mereka juga berkata, patutlah selama ini mereka terbau bauan yang tidak senang ketika menggunakan kemudahan di kawasan MRT, mengesyaki ia adalah perbuatan tidak bertanggungjawab golongan warga asing ini.

Tidak dapat dipastikan mereka adalah Bangladesh atau Rohingya. Namun kemarahan memuncak rakyat Malaysia membuatkan golongan warga asing ini semakin tidak disenangi di negara ini.

Baca juga: RTM bertungkus-lumus sekat VPN, pempengaruh didakwa siar live haram cecah 500,000 tontonan