PM Anwar jumpa lagenda bina badan dunia Dexter Jackson, terinspirasi nak masuk gim

Oleh MALAYSIADATELINE

Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lagenda bina badan dunia, Dexter Jackson telah mencetuskan inspirasi kepada pemimpin nombor satu negara itu.

Menerusi perkongsian dimuat naik di platform Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu mengakui terinspirasi dengan lagenda berusia 56 tahun terbabit untuk kembali aktif bersenam.

Keterujaan Anwar yang berkesempatan bertemu dengan atlet berkenaan turut dikongsikan menerusi hantaran di akaun miliknya bersama gambar mereka berdua ketika sedang bersalaman.

“Ketemu legenda bina badan dunia, juara Mr. Olympia 2008 dan Masters Mr. Olympia 2012 iaitu Dexter Jackson. Saya terinspirasi. Nampak gaya kena masuk gim nanti.” Kata Ahli Parlimen Tambun itu dalam perkongsian tersebut.

Sekadar info, personaliti digelar Dector The Blade Jackson itu juga mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang bina badan dan sudah meraih 29 ‘tali pinggang’ dalam Kejohanan Dunia International Federation Bodybuilders (IFBB) selain memegang rekod sebagai juara Arnold Classic sebanyak sembilan kali

Baca juga: Rebut peluang keemasan ini! Ketahui manfaat BAKAT Madani dilancarkan PM Anwar