Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu kepada atlet negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship.
Menerusi perkongsian dimuat naik di platform Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu memaklumkan bahawa petarung Muay Thai terbabit akan bertanding dalam kejohahan antarabangsa berkenaan pada Jumaat ini.
Anwar juga memaklumkan bahawa pertarungan tersebut tersebut turut melakar sejarah memandangkan Ahmad Nor Iman Aliff merupakan atlet tempur Malaysia pertama yang layak merebut gelaran tersebut.
“Ayuh kita beri sokongan padu kepada saudara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini..
“Semoga terus mengharumkan nama Malaysia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengukir kejayaan di persada dunia,” kata Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Tambun dalam hantaran sama.
Baca juga: Betul ke wajib tukar alamat MyKad? JPN tampil jelaskan kekeliruan