Ada orang tanya, apa jadi dalam 22 bulan?

Oleh NASUHA RAHMAN

Ini saya tolong bentang fakta apa yang terjadi sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH), supaya kita boleh hadap propaganda.

Ekonomi negara meningkat dengan jayanya. KDNK naik. KDNK per kapita meningkat. Rizab tunai negara bertambah.

Pelaburan langsung asing dan Pelaburan keluar negara meningkat juga. Eksport negara tambah baik. Semua ini indikasi utama ekonomi negara.

Indeks Antarabangsa, Prestasi Malaysia bertambah baik. Antara skor terbaik yang pernah ada. Indeks Rasuah, Ease of Doing Business, Indeks Media. Prestasi terbaik Malaysia dalam masa 10 tahun.

Ketiadaan GST, menyebabkan harga barang rendah dalam masa 22 bulan. Buktinya tahun 2018-2020, inflasi kita dibawah 1%. Antara yang terbaik yang pernah ada.

Tahun 2019, kadar inflasi Malaysia adalah yang terendah dalam rantau Asia Tenggara.

Baca Artikel Penuh