Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.
Perkara tersebut dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.
Cek zakat tersebut diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd Radzi Mohd Amin dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi hari ini.
Majlis penyerahan berkenaan turut disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali.
Dalam hantaran berkenaan turut dimuat naik beberapa keping gambar ketika Seri Paduka Baginda melafazkan pembayaran zakat harta.
Baca juga: KPM umum cuti sekolah lebih awal, hari Rabu dah boleh balik kampung