Agong puji kejayaan Kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, ucap syabas ekonomi positif

Oleh KIM SYAZIE

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada semalam menzahirkan penghargaan baginda terhadap Kerajaan Malaysia yang berjaya mengemudi Sidang Kemuncak ASEAN tahun lalu.

Baginda mengucapkan tahniah atas kepengerusian ASEAN Malaysia, sekali gus berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang positif pada tahun lalu.

Seri Paduka Baginda bertitah, Malaysia berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi positif sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh Januari hingga September tahun lepas dengan kadar pengangguran dan inflasi kekal rendah serta kemiskinan tegar berada pada paras 0.09 peratus.

“Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lalu dan menganjurkan sidang kemuncak ASEAN ke 47 di Kuala Lumpur.

“Syabas saya ucapkan walaupun dunia menghadapi pelbagai cabaran namun Malaysia masih berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi positif dalam tempoh Januari hingga September,” titah Seri Paduka Baginda.

Baca juga: Ustaz Wadi Annuar pesan jaga lidah, kongsi balasan suka mengumpat dan buka aib orang