Aku 24 jam dengan anak, nak pergi debik orang dah kenapa? – Uqasha ‘hangin’ terpalit dakwaan kasari PA

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon jelita, Uqasha Senrose bengang apabila namanya tak pasal-pasal terpalit dengan dakwaan bertindak kasar terhadap pembantu peribadinya

Aktres berusia 32 tahun itu berkata, dia tiada kaitan dengan tuduhan melakukan kekasaran apatah lagi dia kini sibuk menguruskan anak kecil dan memerlukan perhatian rapi.

“Debik PA (pembantu peribadi)? Biar betul? Aku di rumah dengan anak saja. Ingat aku gengster sangat nak ‘debik’.

“Aku dengan anak 24 jam, nak pergi ‘debik’ orang dah kenapa,” katanya dalam siaran langsung di TikTok.

Untuk pengetahuan, media ada melaporkan kisah pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita yang ditahan polis atas dakwaan mencuri barangan kemas milik majikannya. 

Mengikut hasil siasatan dibuat oleh pihak polis juga, ada menemui barangan kemas berkenaan di kediaman wanita (pembantu peribadi) itu.

Selepas itu, wanita sama membuat laporan polis mendakwa dicederakan dan diugut pelakon wanita terbabit gara-gara mencampuri urusan rumah tangga majikannya yang dikatakan kini bermasalah.

Baca juga: Baru tahu pokok layu masih boleh diselamatkan, ini perkara yang ramai tak tahu tentang bercucuk tanam