Sejak Covid-19 melanda negara, setiap rumah pastinya ada ubat batuk yang dibeli di farmasi bagi melawan penyakit tersebut.
Namun anda perlu berhati-hati kerana ada ubat batuk yang sudah diharamkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jenama yang paling terkenal adalah Difflam. Didakwa berkesan menghilangkan sakit tekak dan batuk antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan.
Terbaharu, pihak Twitter @health_malaysia pada hari ini telah mendedahkan 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia dan dibatalkan pendaftaran.
Antara yang mengejutkan ramai adalah Difflam: Anti-Inflammatory Lozenges With Cough Suppressant juga antara yang turut tersedia.
Turut disertakan bersama beberapa produk lain yang dikeluarkan oleh pihak Pharmaniaga, Sunward Pharmaceutical dan sebagainya.

Perkongsian yang dibuat pihak Public Health ini telah mengejutkan ramai sekaligus menerima pelbagai respon di kalangan netizen.
Netizen pastinya risau kerana sudah ada banyak ubat yang digunakan mereka kerana terbukti berkesan kepada mereka.
“Alamak, baru je habis minum duro-toss tue sebotol. Risau pula,” komen @pijaaI4.
“Aku makan kot masa kena covid dulu. Alhamdulillah sakit tekak aku baik weh. Tak habis pun sepapan aku makan, sedap pula tu,” tambah @charmanderjinie.

Seorang netizen tampil memaklumkan bahawa ubat tersebut hanya mendatangkan mudarat jika diambil secara berlebihan.
“Bukan tak elok, ok je. Cuma risau kalau diambil dengan kerap, tanpa seliaan, kebarangkalian boleh menyebabkan alahan yang teruk.
“Dekat malaysia tiada lagi, tapi diluar negara sudah terjadi. untuk langkah pengawalan awal, KKM sekat dahulu,” komen @RainMustafa9411.
Adalah lebih jika semua yang masih memiliki ubat yang diharamkan untuk berhenti dang menggunakan ubat jenama lain.
Baca juga: Gara-gara terlewat lebih 300 hari, projek Lebuhraya di Kelantan didenda RM30,000 sehari