“Aku ingat lepas kahwin suami berubah, rupanya makin ‘aktif’ siap, langgan lelaki untuk puaskan nafsu”

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi mereka yang menyukai kaum sejenis janganlah berkahwin untuk menutup nafsu yang terpesong, pada akhirnya pasangan dan anak menjadi mangsa.

Buat mereka yang tahu pasangan bernafsu songsang pula pastikan mereka berubah sepenuhnya sebelum berkahwin.

Seorang wanita pada mulanya menyangka suaminya akan berubah namun selepas lahir anak pertama, dia terjumpa aplikasi dating kaum sejenis dalam telefon suaminya.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Saya dan suami sudah berkahwin selama enam tahun dan dikurniakan dua orang anak. Suami juga ada kerjaya di sektor awam dalam bidang perubatan.

Suami saya boleh dikatakan seorang yang sangat baik, menjaga solat, bertanggungjawab, penyabar dan sepanjang perkahwinaan, kami tidak pernah ada apa-apa masalah.

Namun, dalam perkahwinan mesti ada ujiannya. Ujian saya bila dapat tahu suami bernafsu songsang. Sebenarnya saya tahu hal ni dari awal perkahwinan lagi.

Cumanya masa tu saya fikir positif je sebab tak ada bukti sehinggalah anak pertama kami lahir. Masa tu saya masih dalam pantang.

Suami terlalu penat kerja sampai telefon terjatuh dari tangan (tertidur). Saya angkat dan terbaca mesej dia dengan lelaki lain dalam apps LGBT. Terdiam! Menjijikkan!

Saya terpaksa buat-buat tak tahu demi menjaga hati dan perasaan sendiri. Saya jenis yang tak suka keadaan yang tegang.

Selepas tu saya dah tak ambil tahu pasal hal ni lagi dan jalani hidup macam biasa bersama anak-anak dengan harapan suami berubah.

Selepas beberapa tahun berlalu, tahun ni sekali lagi saya berdepan benda yang sama. Terkantoi tanpa sengaja.

Betul orang kata, isteri ni Allah bagi naluri istimewa. Sorok macam mana pun hujung-hujung isteri akan tahu juga.

Kali ni saya baca semua perbualan dia dengan lelaki lain dekat beberapa apps LGBT yang suami muat turun.

Allahu akbar. Jauh terpesong sampai sanggup melanggan semata nak puaskan nafsu songsang. Allahu akbar.

Beberapa bulan sebelum kantoi, suami ada buat ujian hiv test kit. Saya tanya kenapa. Dia cakap saja test sebab dia kerja hospital. Potential untuk berjangkit tu ada.

Bodohnya saya masa tu. Tak terlintas langsung pasal hubungan songsang. Sekarang saya jadi sangat risau. Risau tetang kesihatan diri dan anak-anak.

Takut terkena penyakit kelamin (STD). Macam-macam saya fikir. Saya bersyukur sangat kami jarang berhubungan badan, hanya dua ke tiga kali sebulan.

Disebabkan hal ni, makin kurang rasa hormat saya dekat suami. Saya rasa dia sangat hipokrit, jijik. Tapi semua tu saya tak zahirkan, saya buat macam tak ada apa terjadi.

Baca juga: Betul ke ibu boleh hilang hak jagaan anak jika tiada pekerjaan? Ini penjelasan peguam syarie