“Aku nak muntah setiap kali pergi rumah mentua, balik sana badan anak gatal-gatal”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita berada di dalam dilema selepas mengetahui sikap sebenar keluarga mentua selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Hanya terbongkar selepas mengunjungi rumah mentua, wanita berkenaan mengakui terperanjat apabila melihat baju-baju yang telah dipakai dibiarkan di celah tangga.

Tidak menyangka keluarga mentua rupanya pengotor, wanita itu sukar mempercayai matanya sendiri ketika melihat bekas najis kucing diletak di tepi dapur memasak.

Bersepah semula setiap kali dikemas, berikut perkongsian wanita dikenali sebagai Shima yang buntu mencari penyelesaian masalah kebersihan keluarga mentuanya.

“Saya seorang wanita sederhana yang berasal dari kampung dan berkahwin dengan pemuda dari bandar. Sebelum berkahwin, saya pernah ke rumah bakal suami untuk berkenalan dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan tidak lama kemudian kami berkahwin.

“Ketika itu, saya lihat kediaman mentua bersih dan kemas. Namun selepas beberapa bulan berkahwin, keadaannya bertukar kepada bersepah dan tidak berkemas. Sebagai contoh baju kotor dibiarkan di celah tangga, alatan memasak ditinggalkan lama tidak berbasuh di dalam singki dan tandas pula dibiarkan berlumut dan kuning.

Baca Artikel Penuh