“Aku tak percaya lagi dengan perempuan” – Lelaki serik bercinta lepas GF kantoi curang 6 kali

Oleh KIM SYAZIE

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, jadi janganlah cepat menyerah dalam mencari pasangan.

Namun apabila sudah mendapat pasangan yang baik, jangan pula anda sibuk mencari ‘spare part’ bagi mengisi kekosongan waktu.

Seringkali diduakan oleh teman wanita, lelaki ini masih sanggup memberi peluang untuk kembali bersama kerana tempoh percintaan selama dua tahun bukanlah jangka pendek.

Sepanjang percintaan, bukan sekali teman wanitanya kantoi berhubung dengan lelaki lain malah ia berlaku sebanyak enam kali.

Menurut Kisah Dunia, satu video telah dimuat naik di media sosial Amri mengenai kekasihnya yang curang, video tersebut bagaimanapun sudah dipadam pemilik asal.

Jelas empunya video, pertama kali teman wanitanya kantoi berhubung dengan seorang Ustaz yang tinggal berdekatan kawasan rumah adalah pada Julai 2021.

Kemudia pada Disember 2021, teman wanitanya berhubung mesra bersama bekas suami, tak cukup itu, wanita tersebut kantoi lagi pada April 2022 bersama pemandu bas.

Semuanya dimaafkan dan kembali bersama namun pada Ogos 2022, wanita tersebut menjalin hubungan dengan rakan sendiri yang berada di penjara.

“Ini kali terakhir aku maafkan dia…Takkan aku percaya lagi dengan perempuan,” ujarnya.

Pada pandangan lelaki tersebut, kekasihnya pasti sudah menyesali perbuatannya namun kantoi pada Mac 2023 apabila dikatakan sudah nikah siri (kahwin rahsia) bersama pemandu bas.

Tak cukup dengan itu selepas berpisah dengan pemandu bas, wanita tersebut kantoi lagi bawa masuk lelaki ke dalam rumah sewa pemilik video.

Apabila seseorang itu sudah mula selesa mencari pasangan lain walaupun sedar sudah mempunyai kekasih maka tinggalkan mereka dan carilah yang lebih baik.

Baca juga: Kantoi banyak kali check-in hotel, influencer terkejut tahu suami sebenarnya songsang, pasangan jadi saksi masa nikah