Kantoi banyak kali check-in hotel, influencer terkejut tahu suami sebenarnya songsang, pasangan jadi saksi masa nikah

Oleh KIM SYAZIE

Sudahlah curang pilih pula yang sama jantina, seorang pempengaruh media sosial terkejut saat mengetahui suami songsang.

Baru melangsungkan perkahwinan September tahun lalu, Meylisa Zaara terkedu apabila mengetahui teman rapat suami yang juga saksi ketika akad nikah adalah teman songsang.

Segalanya terbongkar selepas pempengaruh dari Indonesia itu membaca mesej pelik di antara suami dan sahabat baiknya itu.

Ketika disoal, si suami mula bertindak kasar dan apabila disiasat, rupanya dua lelaki tersebut menjalankan hubungan sulit di belakangnya.

Menurut TribunNews, selepas segalanya terbongkar, suami Meylisa mula mengasari hingga terpaksa membuat laporan polis malah dia mengalami trauma hingga menjalani terapi.

Apa yang mengejutkan bukan sekali dua dia menangkap suami dan lelaki tersebut daftar masuk hotel, malah kali terakhir adalah selepas Aidilfitri tahun ini.

Tidak mahu teruskan hidup dengan suami bernafsu songsang, Meylisa minta cerai namun suaminya memilih untuk tidak hadir ke mahkamah.

Baginya, dia adalah boneka (patung) digunakan suaminya untuk menutup status sebagai seseorang yang suka sesama jantina.

Buat mereka yang bernafsu songsang dan tiada keinginan berubah, janganlah jadikan orang lain sebagai patung untuk menutup kejahilan anda.

Baca juga: Seluar dalam siapa tertinggal? Tuan kedai pening cari ‘customer’ tertinggal seluar kecik