Siapa sahaja ingin bercerai apabila sudah bertemu dengan pasangan yang baik, tapi hati semestinya tak boleh dipaksa.
Soerang lelaki dari Indonesia meluahkan perasaan di music video Lapang Dada nyanyian kumpulan Sheila On 7.
Menurutnya lagu tersebutlah paling tepat untuk menggambarkan situasi diri mencintai wanita yang hatinya dimiliki lelaki lain.
“Aku dan bekas isteri bernikah kerana dijodohkan orang tua, di hari perkahwinan baru aku tahu selama ini dia sudah ada kekasih hati.
Malah mereka sudah merancang untuk berkahwin tapi dibatalkan sebab dia dah dijodohkan dengan aku.
Ketika salam pengantin, bekas isteri aku peluk kekasihnya dan mereka berdua menangis di hadapan orang ramai.
Di saat aku merasakan diri ini paling beruntung di dunia kerana ada wanita yang manis dan baik untuk temani aku sepanjang hidup, kini aku rasa macam orang paling jahat di dunia.
Selama perkahwinan, tak pernah sekalipun aku menyentuh bekas isteri, bila aku cuba sahaja dia menangis, malah kami tidur berasingan.
Lima bulan aku lihat dia selalu tahajud berdoa kepada Allah sambil menangis, dia berdoa untuk minta keadilan buat dirinya hinggakan aku turut menangis.
Dengan alasan aku tidak mencintai isteri, aku akhirnya meminta izin bercerai kepada orang tuanya,” ujar komen lelaki tersebut.

Tidak salah ingin menjodohkan anak, tapi fahami perasaan mereka, selidik terlebih dahulu adakah anak itu masih bujang, jangan paksa mereka berkahwin demi kepentingan anda.
Baca juga: “Hancur hati bila tengok gambar adik aku hantar pada suami, siap berbaby sayang!”