Selepas lebih 100 hari dilanda cuaca panas dan kemarau, bumi Perlis akhirnya menerima limpahan hujan yang dinanti-nantikan.
Beberapa kawasan dilaporkan hujan lebat petang semalam, antaranya termasuklah di sekitar Santuari Ikan Air Tawar Tasik Timah Tasoh, Beseri, Bukit Jernih, Batu Bertangkup, Belukar Lenga, Kubang Tiga, Bukit Chabang dan Semadong.
Hujan yang turun ini bagaikan jawapan kepada doa rakyat Perlis selepas penganjuran Solat Sunat Istisqa (solat minta hujan) yang diadakan pada 26 Mac lalu.
Solat sunat berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bersama lebih 1,000 jemaah.
Baca juga: Elak ketirisan RON95, kad kredit dan debit asing disekat beli petrol di terminal layan diri