“Alhamdulillah, Pak Lah masih sihat”, lama tak dengar khabar PM5 lepas disahkan hidap demensia

Oleh KIM SYAZIE

Pada penghujung 2021, pernah tular khabar angin mendakwa Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah meninggal dunia sehingga menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan bekas Perdana Menteri kelima itu.

Begitu pun, khabar angin kekal menjadi khabar angin. Pak Lah masih lagi sihat dan berita yang tersebar itu sama sekali tidak benar.

Menginjak 2023, perkembangan terkini tokoh negara itu terus menjadi tanda tanya.

Menerusi perkongsian Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi, keadaan Pak Lah kini masih lagi sihat.

Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada semalam.

“Alhamdulillah. Beliau (Pak Lah) sihat,” katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan mengenai penyakit demensia yang dihidapi oleh Pak Lah.

Menurut bekas Ketua Pemuda itu, Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

Ujar Khairy Jamaluddin, pada ketika itu beliau bertanyakan pandangan keluarga mentuanya sama ada boleh berkongsi mengenai kesihatan Pak Lah kepada umum.

Baca juga: Tak boleh terima ulasan buruk, pemilik kedai letak ‘bahan istimewa’ dalam makanan, jijik bila tahu