Ambil iktibar kes Nik Elin, Terengganu teliti undang-undang syariah negeri agar tak bercanggah Perlembagaan

Oleh WAN SITI AMINAH

Kerajaan Terengganu akan meneliti semula semua aspek di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah negeri itu agar tidak bercanggah dengan undang-undang persekutuan.

Mengambil iktibar dengan kejadian yang berlaku di Kelantan baru-baru ini, perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besarnya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, lapor Sinar Harian.

Jelas Samsuri, penelitian dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah.

“Langkah tersebut diambil bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Terengganu tidak bercanggah dengan peringkat Persekutuan.

“Selain itu, kerajaan negeri turut akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pihak yang ingin mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Terdahulu, peguam yang juga ahli Muafakat Nasional iaitu Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha berjaya mencabar 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Baca Artikel Penuh