Anak asyik masukkan ‘password’ salah, lelaki terpaksa tunggu 47 tahun untuk ‘unlock’ telefon

Oleh MAISARAH AISYA

Kanak-kanak generasi Z sering terdedah dengan pengunaan gajet sejak dari usia muda lagi dek kerana segala hiburan ada di dalam telefon.

Maka tidak terkejut jika mereka tantrum selepas dihalang menggunakan telefon kerana ada sesetengah ibu bapa memberika gajet agar mereka tidak terlalu aktif.

Malah, permainan video secara berlebihan pula menimbulkan ketagihan pada mereka sehingga ia tidak terkawal lagi dan menimbulkan kesan buruk.

Seorang bapa yang juga wartawan dari Washington DC, Evan Osnon terpaksa menunggu 25 juta minit (bersamaan 47 tahun) gara-gara anak lelakinya memasukkan kata laluan yang salah.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2019 dan dilaporkan oleh Mirror.

Setiap percubaan kata laluan yang salah akan menyebabkan peranti keluaran Apple untuk meningkat jumlah masa sebelum memasukkan kata laluan lain.

Osnon memuat naik gambar tangkap layar iPad miliknya yang jelas menunjukkan masa yang perlu diambil untuk memasukkan kata laluan lain.

Rata-rata warganet memberikan artikel untuk membantunya membuka semula gajet berkenaan walaupun susah langkah tersebut terbukti berjaya.

Nampak seperti isu ini tidak besar, bagaimana jika itu satu-satunya gajet yang digunakan maka ibu bapa boleh meletakkan ia pada tempat lebih selamat.

Malah ada banyak risiko daripada penggunaan peranti digital terhadap kanak-kanak seperti dikongsi seorang pegawai perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang dalam hantaran di Twitter,

Antaranya adalah tumbesaran otak terbantut, gangguan pada sistem kognitif dan mungkin mengalami perkembangan fizikal terbantut serta gangguan psikologi.

Adalah lebih baik jika ibu bapa memastikan anak dijauhkan daripada sebarang peranti digital sebelum tidur dan kurang masa anak bermain dengan gajet.

Baca juga: Memberontak bila kemahuan tidak dipenuhi, lelaki berubah lepas tahu diri hanya anak angkat