Rebut peluang keemasan ini! Ketahui manfaat BAKAT Madani dilancarkan PM Anwar

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini melancarkan inisiatif Bakat Madani yang dijangka memberi manfaat kepada seramai 25,000 individu dalam tempoh setahun mulai pertengahan 2026.

Insiatif tersebut akan membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapat kemahiran dan pekerjaan berkualiti selain turut menyokong anjakan mobiliti sosial selaras dengan Kerangka Ekonomi Madani.

Pemerkasaan bertujuan untuk membangunkan bakat negara ini juga melibatkan kerjasama dengan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Petronas.

Tiga Teras Pelaksanaan Bakat Madani

  • Memperkukuh kebolehpasaran dan penempatan Kerjaya berkualiti dalam rangkaian syarikat GLIC, GLC dan PETRONAS.
  • Memperluaskan peluang penempatan pekerjaan merentas sektor strategik negara.
  • Memacu kecemerlangan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan ekonomi melalui kerjasama industri.

Penyertaan Tidak Terhad kepada Golongan Muda Sahaja

Selain golongan muda, inisiatif ini juga memberi ‘peluang kedua’ kepada kumpulan sasar termasuk isi rumah B40, asnaf, individu rentan serta veteran Angkatan Tentera Malaysia yang sedang melalui fasa peralihan kerjaya.

Tertumpu kepada Sektor Bernilai Tinggi

Sektor yang terlibat dalam inisiatif ini adalah semikonduktor, tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan pembuatan termaju melalui kerjasama erat industri serta institusi TVET di seluruh negara.

Antara syarikat-syarikat yang terlibat dengan pelaksanaan program Bakat Madani.

Secara tuntasnya, program ini membuka peluang ekonomi masa depan yang memastikan graduan, belia TVET dan golongan rentan mendapat akses kepada latihan, pensijilan serta pekerjaan berkualiti dalam sektor bernilai tinggi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan inisiatif Bakat Madani ini dengan melayari laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia di www.mof.gov.my/bakat-madani.

Baca juga: Pernah menang RM1 juta dalam rancangan Jutaria, ramai tertanya ke mana Ahmad Samerin menghilang