“Awak panas, itu bukan masalah kita..!” – Pemandu bas sedap duduk dalam aircond tapi ‘sidai’ penumpang

Oleh MAISARAH AISYA

Ramai rakyat Malaysia memilih menaiki kenderaan awam kerana kos lebih murah berbanding dengan memandu kenderaan sendiri.

Namun disebabkan sikap segelintir pemandu bas yang biadap menyebabkan orang awam memilih untuk menaiki kenderaan e-hailing.

Seorang pengguna kenderaan awam meluahkan rasa kecewa dengan sikap pemandu bas di Facebook B0 Buat Perangai Apa Hari Ini.

Di bawah adalah perkongsian pengguna tersebut.

Pengalaman menaiki bas. Saya perhati rata-rata majoriti pemandu bas dan pekerja syarikat bas di stesen berumur 40 ke 60 tahun.

Mereka kerap meninggikan suara, memperlekeh penumpang. Wajah mereka pula seolah tak mahu diganggu.

Walhal penumpang (dengan nada sopan) perlu bertanya soalan yang mereka tak tahu. Lebih mengejutkan, soalan itu dijawab oleh pemandu bas dengan nada kasar.

Kalau jawapan itu kurang jelas, yang bertanya akan minta ulang semula kerana bunyi enjin bas mengganggu, alamat (maka) bertambah ayat kasar dan perlian.

Bukan saja penumpang Melayu. aunty Cina, aunty India pun depan saya kena herdik.

10 minit sebelum bas bergerak, pemandu tak buka pintu. Duduk seorang diri dalam bas dengan aircond di tempat pemandu, dibiarkan para penumpang tunggu di luar dengan suhu berbahang.

Yang berlaku depan saya, pemandu tu bidas, “Awak panas, itu bukan masalah kita..!” Masha Allah.
.
Saya tertanya, apa salahnya kalau nampak penumpang di luar, buka pintu jemput mereka masuk kemudian tutup semula pintu.

Saya tak apa lah, saya lelaki, masih muda dan pemandu tu, sudah berusia lebih lama, patutnya semakin tinggi adab. Tapi sudah berstatus orang lama, sifat ihsan macam tak ada.
.
Kali terakhir saya naik bas, saya duduk hampir dengan bas, pintu langsung tak dibuka. Saya tunggu bila pemandu ni nak buka pintu.

Karang berdiri depan pintu, kena marah lagi macam orang tak reti sabar. Tiba-tiba pemandu gerakkan bas ke belakang, pantas saya bangun berjalan tahan bas tu.
.
Dalam hati saya tertanya, “Kenapa memualkan betul perangai mereka ni.” Ingatkan daerah saya saja, rupanya pemandu bas daerah lain pun sama.

Saya tak minta layanan istimewa. Cukup lah pekerja pekerja syarikat bas ni bila ditanya dengan elok, jawab juga dengan elok, tak mebentak bentak dan reti minta maaf bila buat salah.

Ini sudah lah buat salah, pasang (buat) muka seolah kita yang salah.

Mungkin sudah masa untuk syarikat yang menyediakan khidmat bas awam ini untuk turun padang dan melihat sendiri sikap pemandu bas mereka.

Baca juga: Pelik tapi benar, pasangan di Indonesia ini jadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin