Azhar, Idrus juga kena letak jawatan

Oleh ARIF ATAN

Tindakan kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 150 (2B) dan (3) Perlembagaan Persekutuan, kata
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim.

Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor itu berkata, jelas tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu bertentangan dengan prinsip Perlembagaan serta membelakangi Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara.

“Saya juga beranggapan bahawa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun juga bertanggungjawab apabila seolah-olah melindungi menteri berkenaan daripada memberikan penjelasan yang tuntas dan segera walaupun berkali-kali didesak oleh Ahli-ahli Dewan.

Baca Artikel Penuh