Banglo milik usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat akhirnya berjaya dijual hari ini.
Perkara itu dikongsi oleh ejen hartanah Ishaq Marazi di media sosial beliau yang memaklumkan banglo tersebut dilelong pada harga RM3.7 juta.
Katanya, pada sesi lelongan pagi tadi, empat pembida bertarung bagi membeli banglo itu bermula pada harga tawaran RM3 juta.
“Kenaikan RM700, 000, ada demand juga rupanya rumah ini, tahniah pada pemenang,” katanya.
Namun begitu, maklumat berkenaan individu yang berjaya membidanya tidak dikongsikan.
Sebelum ini, lelongan banglo Nur Sajat pagi tadi merupakan proses keenam selepas lima lelongan sebelum ini gagal menemukan pembeli.
Kali terakhir proses lelongan itu adalah pada Jun tahun lalu pada harga RM3.411 juta namun tiada pembeli ketika itu.