Baru 2 hari bersalin anak ke-2, peminat seriau tengok Emma dukung anak sulungnya

Oleh MALAYSIA DATELINE

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok emma_maembongofficial, dan telah ditular baru-baru ini.

Emma Maembong atau nama sebenarnya ialah Fatimah Rohani Ismail merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 27 Mac tahun 1992, berasal dari Kuala Terengganu, Terangganu.

Beliau mula terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah dan pelabagai watak dalam drama serta fiem yang telah mendapat sambutan peminat.

Emma Maembong berkahwin dengan seorang juruterbang yang dikenali sebagai Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 8 November 2020.

Baru-baru ini juga beliau telah selamat bersalin anak kedua, turut mengatakan anak kedua beliau adalah anak lelaki.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana anak sulung Emma Maembong yang dikenali sebagai Arshan melawat ibunya di hospital dan juga kali pertama melihat adiknya.

Reaksi Arshan telah membuatkan para ibu sebak melihat dan teringat akan kenangan sewaktu bersalin ketika dahulu.

Ada juga yang memberi komen mengatakan apabila melihat reaksi Emma Maembong dukung anak sulungnya juga telah membuatkan para ibu ngeri melihatnya setelah 2 hari bersalin.

Baca juga: Satu kampung jadi panik, dah 7 jam nasi atas dapur tak masak-masak