Cubaan melarikan diri dari sekolah gagal selepas kanak-kanak darjah satu itu ‘ditangkap’ oleh pengawal keselamatan yang sedang bekerja.
Menerusi rakaman yang dikongsi @Tiney_eny Isnin lalu, warganet kagum dengan kelincahan kanak-kanak terbabit.
Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak terbabit berjaya meloloskan diri dengan cara menyelinap melalui lubang pagar.
Lebih lucu, kanak-kanak tersebut berpura-pura meletakkan tudung di pagar sebelum melarikan diri.
“Kesian dia mungkin tidak bersedia lagi untuk ke sekolah. Untuk para ibu, setahun sebelum anak sekolah, biasakan dia bergaul dengan kawan-kawan dan banyakkan aktiviti bersama rakan sebaya,” komen Nad.
“Aduh, jangan lari adik. Dekat luar sana banyak penjahat. Peranan pengawal keselamatan sangat besar,” kata Christ Ucan.
Pada masa sama ibu ibunta menerusi Facebook, Norsahila Hashim memaklumkan bahawa anaknya ditemani oleh bapanya dari rumah hingga sampai kelas.
Namun apabila dia menyedari bapanya sudah tiada, kanak-kanak tersebut membuat keputusan berani dengan melarikan diri.
Baca juga: “Runtuh hati daddy, baru hari pertama sekolah dah jadi macam ini”