Baru tahu santan boleh tahan 3 hari luar peti sejuk, peniaga pun boleh cuba cara ini!

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang pengusaha restoran telah berjaya menarik perhatian ramai selepas tampil berkongsi satu petua mengenai penyimpanan santan di akaun TikTok miliknya.

Menurut peniaga yang mesra disapa Pak Man itu, salah satu bahan penting di dalam masakan tempatan iaitu santan boleh disimpan di luar peti sejuk sebelum digunakan.

Kekal segar dalam tempoh tiga hari, mereka yang mahu mengikut petua Pak Man itu perlu menyediakan dua bahan iaitu garam dan ais batu selain bekas penyimpanan.

Sesuai diamalkan oleh mereka yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik, petua daripada Cik Man ini juga boleh digunakan para peniaga makanan khususnya.

“Hai hangpa (anda semua). Hari ini aku nak kongsi macam mana cara nak simpan santan segar sekiranya rumah hangpa tiada elektrik atau peti ais rosak,” katanya.

Langkah-langkah penyimpanan santan

Baca Artikel Penuh