“Baru tahu suami aku ini perasan tahap dewa, orang ‘selfie’ pun tuduh ambil gambar dia”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita langsung tidak menyangka bahawa suami yang dinikahinya pada enam bulan lalu adalah lelaki sama yang berdiri di hadapannya sekarang.

Melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya sendiri, wanita yang dikenali sebagai Amara itu baru mengetahui perangai sebenar suami selepas ‘tidur sebantal’.

Hilang pertimbangan untuk menghadapi sikap suaminya, berikut perkongsian Amara yang merasa sangat tertekan selepas hanya enam bulan mendirikan rumah tangga.

“Sejujurnya, aku cuma mahu tahu bagaimanakah cara mengendalikan sikap suami seperti ini. Mula-mula kenal, tak berapa nampak lagi perangai dia. Tetapi bila sudah duduk serumah dan sebantal, barulah nampak dengan jelas. Aku berkahwin dengan pilihan hati aku pada enam bulan lepas. 

“Kami sempat berkenalan lebih kurang enam bulan sebelum berkahwin. Aku nampak semua elok dengan dia. Keluarga, kawan dan semuanya eloklah ceritanya. Dia kalau bab nafkah dan tanggungjawab memang bagus. Kecuali, perangai dia yang terlalu yakin yang semua orang sebenarnya sukakannya.

‘Mula-mula, aku percaya jugalah semua cerita suami. Aku sokong dia. Tetapi lama-lama macam rasa ceritanya tak masuk akal pula. Banyak perkara yang suami cerita tak sama dengan ingatan aku. Sebab aku berada di tempat yang sama dengan dia. Tetapi apabila dia cerita balik situasi itu, aku tak nampak pun perkara sama terjadi.

Baca Artikel Penuh