Bekas pekerja dedah perangai sebenar View Chin, “suka cakap lucah, ajak dating”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita yang mendakwa pernah bekerja di syarikat milik View Chin membuat pendedahan mengejutkan di media sosial.

Wanita tersebut mengakui bahawa usahawan yang terkenal di laman TikTok itu sering berkelakuan tidak senonoh di pejabat.

Sering menggunakan nuansa lucah ketika berkomunikasi, gadis bernama Hanim Rose itu tidak pernah menyesal membuat keputusan untuk berhenti.

Menurut hantaran di laman Twitter @hanimrosee, dia juga hampir menjadi ‘mangsa’ usahawan itu ketika masih bekerja di syarikat terbabit.

“Dia selalu ajak keluar berdua dengan alasan kerja. Tapi bila keluar asyik bercakap soal peribadi dan pengalaman bercinta.

“Kalau boleh setiap minggu nak ikut saya keluar bekerja. Satu hari, dia sampai merajuk sebab tak keluar dengan dia.

“Saya memang tak selesa dengan dia. Dalam masa yang sama nak jaga hati isteri dia. Sis bukan jenis penyondol,” ciapnya.

Tidak cukup dengan itu, Hanim Rose turut mendedahkan perlakuan ‘toksik’ View Chin yang langsung tidak menjaga kebajikan pekerja.

Memperlakukan pekerja bagai ‘lembu’, kakitangan syarikat itu juga berdepan dengan tindakan potong gaji sekiranya mengambil cuti sakit.

Pernah bekerja sebagai pereka fesyen di syarikat itu, Hanim sering menerima gaji lewat dan tidak setimpal dengan beban pekerjaan.

Gadis itu turut meminta orang ramai untuk tidak berhenti memberi sokongan moral kepada bekas isteri View Chin, Shermine atau Ah Moi.

Baca juga: ‘Hanya menjalankan tugas’, Aliff Syukri dikecam buat ‘content’ bergaduh dengan pelakon