Jika masih belum bersedia untuk berkahwin maka janganlah seksa pasangan dengan berlakon konon tidak bernafsu songsang.
Ada banyak individu baik lelaki mahupun wanita yang cuba berkahwin untuk membuang nafsu kepada kaum sejenis.
Seorang wanita tidak menyangka suami yang dikahwini suka akan kaum sejenis hinggalah usia perkahwinan mencapai tiga tahun dan semuangnya terbongkar
Tiga tahun lalu, aku berkahwin dengan suami aku yang dikenali sebagai R, lelaki yang aku cintai sejak zaman universiti.
Pernikahan kami nampak bahagia dari luar. Kami sering bercuti, meluangkan masa bersama keluarga, dan saling menyokong dalam kerjaya masing-masing.
Namun, ada sesuatu yang selalu terasa ganjil, sesuatu yang aku tidak dapat jelaskan dengan kata-kata.
R ni sering pulang lewat malam dengan alasan kerja, dan ada kalanya dia lebih sibuk dengan telefon bimbitnya daripada memberi perhatian kepada aku.
Pada mulanya, aku anggap ini hanya fasa dalam perkahwinan kami. Aku cuba untuk tidak terlalu mempersoalkan dan memberi ruang kepada suami.
Sampailah satu malam aku ternampak notifikasi mesej masuk di telefon suami daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai A.
Mesej itu ringkas tetapi mesra, dan terus menimbulkan syak wasangka aku. Jantung aku berdebar-debar, dan aku rasa ada sesuatu yang tidak kena.
Keesokan harinya, aku memutuskan untuk berbicara dengan suami. Dengan tenang, aku bertanya siapa A dan apa hubungannya dengan dia.
Pada mulanya, suami nampak gugup dan cuba mengelak. Namun, setelah aku mendesaknya, akhirnya dia mengaku bahawa dia curang dengan A.
Suami maklum dia sudah lama sedar bahawa dia lebih tertarik kepada lelaki daripada wanita, tetapi dia takut untuk mengakuinya kerana tekanan keluarga dan masyarakat.
Dia berkahwin dengan aku kerana berharap dapat menjalani hidup ‘normal’ dan tahan perasaannya.
Tapi semakin lama, dia rasa tertekan dengan pembohongan yang dia ciptakan sendiri. Aku rasa hancur. Perasaan dikhianati dan marah bercampur baur dalam hati aku.
Walaupun aku bersimpati dengan suami, aku buat keputusan untuk bercerai secara baik agar dia boleh teruskan hidup dalam dunia dia dan aku cuba untuk sembuhkan hati.
Ambil masa juga untuk aku terima kenyataan ini tapi aku pilih untuk kekal berteman baik dengan bekas suami.
Baca juga: “Aku tak sangka suami ada sisi gelap, malam-malam minta susu siap nak pakai pampers!”