Shazni Munir, ini adalah gambar gambar dirimu dalam pelbagai aksi yang aku sendiri tangkap pada kali terakhir kita bertemu ketika Konvensyen Pemuda Amanah Nasional Disember 2020 lalu.
Sebagai seorang jurugambar, aku mahu setiap gambar yang aku ambil itu menceritakan sendiri emosi, semangat, kejujuran, aksi dan prinsip.
Kami semua pasti tidak akan dapat melihat lagi aksi dirimu pada masa akan datang. Lalu aku letakkan disini foto foto ini sebagai tatapan semua bagi menunjukkan betapa insan ini sentiasa teguh dalam prinsip perjuangan dan teguh memegang amanah yang diberi kepada beliau.
Tahun mendatang, foto foto ini akan melalui timeline kami semua tatkala Fb memberi notifikasi tentang memori lalu. Jika aku masih lagi bernafas pada masa tersebut, maka ketahuilah kami semua akan sentiasa merindui suaramu, semangatmu dan perjuanganmu.
Dan selepas ini, aku sudah tidak boleh lagi memetik kamera mengambil pelbagai aksimu lagi..
Siapa sangka, Konvensyen lalu adalah kali terakhir kita bertemu..
Jumpa lagi sahabat di akhirat nanti…Shazni Munir II
—————–
Penulis adalah Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu.
#MediaOren #sufiphotography #mediaorenterengganu