Belikan TV tanda maaf, Muaz Zabir akui kemarahan ibu sudah reda lepas raya pertama bersama

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak marah jika mengetahui anak terpalit kontroversi bersama seseorang yang bergelar isteri orang walaupun umum tahu perihal rumah tangga pelakon wanita itu.

Nama pelakon Muaz Zabir tiba-tiba menyita perhatian ramai apabila tular gambar dan tangkap layar perbualan bersama Bella Astillah.

Walaupun sudah lama berlalu, kontroversi tersebut sedikit sebanyak melukakan hati ibu kepada Muaz.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Muaz dilihat membelikan televisyen sebagai tanda maaf buat ibunya.

Tambahnya dia akan tetap memohon maaf di pagi raya kerana tahu marah ibunya masih belum reda.

“Sesi permohonan maaf kepada mak tercinta. Kena sambung nanti waktu raya sebab marah dia tak habis lagi.

Baca Artikel Penuh