Bersetubuh luar nikah, Puteri Sarah ada bukti video dan gambar tak senonoh

Oleh WAN SITI AMINAH

Tidak dapat menahan emosi setelah gagal bercerai, pelakon, Puteri Sarah Liyana membuat satu pendedahan yang mengejutkan industri hiburan.

Puteri Sarah mendakwa dia mempunyai bukti gambar dan video tidak senonoh melibatkan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar sebelum mereka berkahwin.

Malah, menurut Sarah, madunya juga mengaku melakukan persetubuhan luar nikah kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pelakon berusia 38 tahun itu bertegas bahawa dia mempunyai asbab dan bukti yang lebih kukuh untuk memfailkan nusyuz terhadap Syamsul.

Perkara itu dibongkarkan Puteri Sarah menerusi satu hantaran ‘story’ di laman media sosial Instagram (IG Story) miliknya.

“Suruh tarik nusyuz? Hello bro, kalau saya failkan nusyuz terhadap awak tunjuk video tak senonoh awak dengan Ira.

“Tunjuk gambar tak senonoh masa sebelum kalian berkahwin rasanya nusyuz awak lagi teruk kot.

“Dengan Ira mengaku kepada JAWI (melakukan) persetubuhan luar nikah siapa yang nusyuz?,” tulis Sarah di IG Storynya.

Ekoran itu, Puteri Sarah mencadangkan agar Syamsul tidak menarik tuntutan nusyuz supaya pihak yang benar bakal ditentukan di mahkamah.

Sarah juga sempat menyindir Syamsul agar menjual kereta Lamborghini miliknya jika tidak mampu membayar nafkah.

Baca juga: Tak jadi lafaz cerai, ini sebenarnya yang Syamsul Yusof mahu dari Puteri Sarah