Beza usia 38 tahun, wanita tak melenting lepas dituduh kahwin hanya sebab duit pencen

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Jarak umur bukanlah penghalang kebahagiaan apatah lagi jika mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Menerusi TikTok Nur Arelya Azahar, dia memuat naik video mesra bersama suaminya yang dikahwini pada tahun 2020.

@arelya_azahar

Denganmu ku punyai segala , takkan beruntung seisi dunia .Limpah kurniaan petunjuk bantuan ,tempuh hari yang mendatang 🎶

♬ original sound – WN Sweet Sunnah – WN Sweet Sunnah

Menurut Harian Metro, Arelya sendiri tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujang seawal usia 22 tahun apatah lagi dirinya sibuk bekerja.

Mereka berdua dikatakan mula berkenalan pada empat tahun lepas ketika dia bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran dan suaminya pula gemar singgah makan di situ.

Pada mulanya hubungan mereka sekadar pekerja dan pelanggan namun suaminya beranikan diri menegur serta menyatakan hasrat untuk kenal lebh rapat.

“Awal 2020, suami luahkan perasaannya terhadap saya dan ajak kahwin. Pada mulanya saya tak layan tetapi jadi lembut hati.

“Saya menerimanya selepas melihat kesungguhannya serta tahu statusnya yang sudah menduda sejak kematian isteri pada 2018,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Sudah mempunyai pengalaman selepas menjaga arwah ayahnya nan sakit selama tiga tahun, dia yakin tiada masalah untuk menguruskan keperluan suami yang hidap diabetes.

“Lagipun, saya juga adalah pesakit bipolar dan tak boleh tinggal berseorangan terutama dalam gelap.

“Suami pula selalu bagi sokongan jadi saya yakin dia tidak akan biarkan saya sendiri malah kami akan jaga satu sama lain,” katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Nur Arelya berkata, terlalu ramai yang mendoakan kebahagiaannya dan suami walaupun tidak mengenali mereka secara peribadi.

“Kebanyakannya positif dan saya ucapkan terima kasih atas doanya, semoga yang baik juga berbalik kepada mereka.

“Bagaimanapun, ada juga yang kecam dengan mengatakan saya terima suami kerana hadap wang pencen suami selain persoalkan kemampuan saya menjaganya (suami).

“Saya terima saja apa pun komen dilemparkan kerana niat saya berkongsi video di TikTok adalah untuk mencipta kenangan, tak lebih daripada itu,” tambahnya.

Baca juga: Dengan siapa Neelofa bergambar rapat bukan mahram pula tu? Netizen tegur isteri PU Haris