Usai mengumpul duit raya, anak-anak umumnya menyerahkan kutipan mereka kepada ibu bapa untuk disimpan.
Boleh mencecah ratusan ringgit, ibu bapa terkadang alpa sehingga ‘terguna’ wang yang telah diamanahkan.
Tidak boleh digunakan sesuka hati, inilah penjelasan mengenai hukum menggunakan duit anak untuk perbelanjaan rumah.
Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), menggunakan duit raya anak adalah satu perbuatan yang berdosa.
Hukumnya haram, ibu bapa bahkan perlu mengganti semula wang sekiranya duit tersebut digunakan untuk urusan kecemasan.
“Ambil duit anak buat belanja, hukumnya haram. Ramai orang buat dosa laguni (seperti ini), curi duit anak. Tak boleh.
“Yang boleh guna, pinjam sekejap jika terdesak. Contohnya bil eletrik yang akan dipotong. Masalah ini datangkan mudarat pada anak.
“Jadi boleh menggunakan duit raya anak untuk bayar elektrik tetapi wajib untuk membayar semula,” tegas Ustaz Azhar.
Diharapkan dengan perkongsian ini, ibu bapa dapat menunaikan amanah mereka dan tidak menggunakan wang anak dengan sesuka hati.
Baca juga: Bagaimana orang tua-tua dahulu rawat penyakit, ikuti 7 petua ini