Tidak dapat dinafikan video dengan ‘content’ bodoh lebih cepat mendapat reaksi daripada warganet malah tular di media sosial.
Penyanyi, Ariff Bahran bagaimanapun tidak menyangka video meletakan duit berkepuk dalam peti ais akan menyebabkan warganet membanjiri ruang komen.
Menurut mStar, kata-kata warganet sedikitpun tidak mengguris hati bekas peserta Big Stage Dominasi BBNU itu.
“Apa saya buat ini sekadar suka-suka sahaja malah sudah menjelaskan kepada pengikut.
“Saya simpan duit dalam akaun saya di bank tapi ada komitmen yang saya perlu bayar secara tunai,” katanya seperti dipetik mStar.
Tambah Ariff, dia juga selalu berkongsi mengenai karyanya di media sosial namun tidak mendapat perhatian ramai.
“Saya tak sangka video itu menjadi viral. Saya kongsi mengenai lagu-lagu saya kurang dapat perhatian tapi bila kongsi mengenai hal peribadi saya ramai pula yang ingin ambil tahu.
“Untuk konten yang bodoh ramai pula beri saya tontonan.” ujarnya lagi.
Baca juga: Pemilik Kelantan FC mengaku tahan gaji, dakwa mahu beri ‘motivasi’ kepada pemain