Buka gerai burger di kaki lima, peniaga marah ada kereta parkir dekat sangat

Oleh KIM SYAZIE

Tak salah nak buka gerai di kaki lima tapi tidak perlu meyalahkan orang awam yang mahu meletakkan kenderaan dalam petak yang disediakan.

Sebagaimana anda ada hak membuka gerai disitu, mereka juga ada hak untuk letak kenderaan dimana-mana kawasan.

Orang ramai mempersoal tindakan seorang peniaga burger yang memarahi orang awam kerana meletakkan kenderaan berdekatan gerainya.

@izzatsams25

Ada juga rupanya jenis orang macam ni 😅 Common Sense yillekkkk #burger8250 #gtrburgerpasirgudang #fyp #gtrburgerofficial

♬ bunyi asal – Nyap tahuk – faizul_

Lelaki tersebut disoal sama ada dia membayar tempat letak kenderaan untuk membuka gerai tersebut.

“Mula-mula berniaga di kaki lima, kemudian nak cakap tempat letak kenderaan itu milik dia pula,” kata pengguna TikTok, Encik Bijan.

Baca Artikel Penuh