Keterujaan seorang wanita untuk mengikuti percutian bulan madu di luar negara bertukar tragedi apabila menerima ancaman bunuh daripada ‘suaminya’.
Berdepan dengan detik cemas, wanita yang bernama Ida itu menerima ancaman tersebut di malam pertama setelah dirinya meluahkan hasrat untuk berpisah.
Difahamkan, perpisahan itu dituntut Ida selepas ‘suaminya’ membuat pengakuan bahawa dia sebenarnya adalah seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki.
Tidak dapat menahan kesakitan akibat dipukul suaminya, Ida akui terpaksa menurut kemahuan ‘lelaki’ itu untuk terus hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.
Mula menjalinkan hubungan pada Jun 2000, Ida dan suaminya diperkenalkan oleh seorang rakan dan mereka berhubung menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
Oleh kerana ciri fizikal suami yang berbadan tegap dan tidak mempunyai payu dara persis seperti lelaki, Ida tidak merasa curiga saat kali pertama mereka bersua muka.
Mereka kemudian melangsungkan perkahwinan secara kecil-kecilan pada 30 Julai 2000 dan menandatangani surat nikah sebelum pergi berbulan madu ke tiga buah negara.
Pada keesokkan harinya iaitu pada 31 Julai, mereka berdua kemudian bertolak ke destinasi percutian bulan madu mereka yang pertama iaitu di Bangkok, Thailand.
Malam pertama yang sepatutnya dilewati dengan bahagia malah menjadi tragedi apabila suami Ida mengaku bahawa identiti sebenarnya adalah seorang wanita.
“Pada saat itulah suami mengatakan bahawa dia tidak mahu seorang isteri tetapi dia memerlukan sosok pendamping yang boleh menemaninya kemana-mana.
“Dia mengaku bahawa dirinya seorang PEREMPUAN. Saya terkejut dan menangis. Lalu kami bergaduh sebelum dia memukul dan mengugut mahu membunuh saya.
“Dia juga meminta saya mengurus abu ibu bapa dan tiga orang anaknya. Saya yang ketakutan akhirnya mengalah dan meminta waktu bagi membiasakan diri menjadi isteri,” katanya.
Tular di media sosial, perkongsikan tersebut mula meraih perhatian setelah Ida yang berasal dari Surabaya, Indonesia itu memuat naik satu hantaran di laman TikTok.
‘Wanita’ itu mulanya menunaikan janji untuk membahagiakan Ida dengan membelikan sebuah rumah dan memberinya modal besar untuk membuka perniagaan.
Namun kebahagiaan Ida tidak kekal lama apabila ‘suaminya’ itu mengambil semula kemudahan tersebut selepas menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Ida kemudian membuat laporan di balai polis pada 2003 akibat dipukul dan terus menuntut keadilan sehingga 2023 kerana pihak berkuasa masih tidak mengambil tindakan sehingga kini.
Baca juga: “Dia tak nak kahwin sebab takut isteri, bagaimana dengan bayi dalam perut aku ini?