Butang penting dalam kereta tapi ramai jarang guna, ini rupanya fungsi ‘DeFog’

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ramai tahu kewujudan butang ini dalam kenderaan namun tidak mengetahui bagaimana cara betul untuk menggunakannya.

Apatah lagi butang yang jarang digunakan, bila ada kecemasan barulah sibuk nak lihat balik buku manual atau terus google sahaja.

Menerusi akaun TikTok, @abangrecond.uv, lelaki ini menjelaskan fungsi butang ‘DeFog’ atau ‘DeFroster’.

@abangrecond.uv

Lepasni boleh la guna dekat kereta korang #tipskereta

♬ Calm Down – Rema

Biasanya, butang ini terletak berdekatan dengan butang pendingin hawa dan pemain media.

Kebiasaannya pada waktu pagi kereta akan ada kabus di cermin kereta hingga menyebabkan kesukaran untuk melihat jalan.

Bagi cermin hadapan, pemandu boleh menggunakan wiper sahaja namun ia adalah sukar untuk cermin di bahagian belakang.

Menurut Abang Recond, butang ini berfungsi untuk menghilangkan kabus yang berada pada cermin belakang kereta.

Kabus tersebut dihasilkan menerusi proses kondensasi yang menukarkan wap air kepada titisan air.

Salah satu cara untuk untuk menghilangkannya adalah dengan menghidupkan butang DeFog dari dalam kereta.

Selepas menekan butang ini, kabus yang menghalang pandangan pemandu akan hilang secara perlahan-lahan.

Namun, pengguna disarankan untuk tidak menghidupkan butang ‘DeFog’ ini dalam jangka masa yang lama.

Ini kerana ia mampu memberi kesan terhadap cermin belakang, khususnya bagi kereta yang dipasangan dengan tinted pada bahagian tersebut.

Baca juga: Selepas Hadi dakwa PKR tawar sertai kerajaan, Rafizi balas “ini cerita zaman bila, tak pernah dengar pun?”