Cik B punya pengawal peribadi mengalahkan PMX, pergi pusat beli belah pun ditemani lebih 8 ‘bodyguard’

Oleh KIM SYAZIE

Anak dara Datuk Seri Vida yang mesra dipanggil Cik B terus menjadi bualan ramai di sosial media selepas gadis berusia 19 tahun itu muncul di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur dengan ditemani pengawal peribadinya.

Bukan seorang pengawalnya, tetapi jika dikira-kira lebih 8 orang pengawal peribadi yang diupah untuk menjaganya.

Tidak hanya itu, salah seorangnya ditugaskan untuk membawa beg tangan dan barangan milik anak kepada pengasas produk kosmetik Qu Puteh itu.

Perkara itu terus menjadi perbincangan netizen selepas Cik B memuat naik video di TikTok miliknya dengan kapsyen; “Saya mempunyai pengawal peribadi tetapi sekarang memerlukan kekasih”, sambil disertakan emoji gurauan.

Video itu mendapat perhatian pengguna TikTok yang menganggap Cik B sebagai gadis kaya yang “tidak kosong” dan mempunyai gaya seperti “Big Boss”.

Penampilannya walaupun hanya serba hitam, namun netizen menjangkakan ia mencecah puluhan ribu menyamai harga sebuah kereta Perodua Myvi.

Baca Artikel Penuh