Cikgu wanita dibawa ke mahkamah, bakal direman untuk bantu siasatan kes rempuhan pelajar

Oleh MALAYSIADATELINE

Suasana tenang di hadapan surau sebuah sekolah di Kelantan bertukar pilu apabila berlaku satu insiden menyayat hati melibatkan dua pelajar, dimana seorang pelajar dilaporkan meninggal di tempat kejadian.

Seorang cikgu dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah tengah hari semalam sudah dibawa ke mahkamah pagi ini.

Cikgu wanita berusia 57 tahun itu dilaporkan tiba menaiki trak polis pada jam 8.40 pagi tadi dengan memakai baju lokap lapor Berita Harian.

Wanita tersebut akan direman di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di hadapan surau sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, memaklumkan siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan.

Sebelum dia terbabas dan melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.

Baca juga: