Cuaca terlalu panas, budak buat eksperimen masak telur tanpa api

Oleh MAISARAH AISYA

Biasanya di luar negara ada ramai yang buat eksperimen masak di atas kereta dek kerana cuaca yang terlalu panas.

Seorang wanita berkongsi di Facebook mengenai eksperimen yang dilakukan oleh dua anak saudaranya.

Fatasha Nadia menunjukkan gambar eksperimen untuk melihat sama ada telur akan masak di bawah cahaya matahari.

“Percubaan masak telur di bawah matahari tadi oleh Alya gung dan Echa gung, 36° (bukan beaufort),” ujarnya.

Dibawah adalah masa eskperimen yang telah dicatat oleh pengguna Facebook tersebut.

“1.00pm -panas minyak guna kuali dibawah matahari, 1.10pm -pecah telur, 1.20pm -cek pertama.

“3.30pm – last angkat sebab malas sudah nak tengok, nak tonton lie MLBB Sukan Sea, akhirnya Adam tanya boleh makan ke tidak,” ujarnya di hantaran Facebook.

Rata-rata warganet juga ingin mencuba eksperimen tersebut untuk melihat sama ada benar atau tidak telur boleh masak di bawah cahaya matahari.

Baca juga: Pas bantah Coldplay, netizen korek semula konsert 2022 semasa Pas dalam kerajaan