Cuba bertindak agresif dengan polis, bekas pemain Liga Super disyaki terlibat kes pecah rumah?

Oleh KIM SYAZIE

Masih banyak pekerjaan yang boleh dilakukan, tapi masih ada sesetengah orang mencari jalan pintas dengan melakukan perbuatan salah demi wang segera.

Tular baru-baru ini mengenai bekas pemain bola sepak yang didakwa terlibat dengan kes pecah rumah di Pontian, Johor hingga mengakibatkan kerugian hampir puluhan ribu ringgit.

Suspek yang berusia 33 tahu ditahan bersama rakannya mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Penahanan mereka dilakukan selepas pihak polis melihat suspek dalam keadaan yang mencurigakan.

Malah suspek dikatakan cuba bertindak agresif selepas polis cuba menahannya hingga menyebabkan berlakunys pergelutan.

Hasil siasatan mendapati suspek mengakui melakukan aktiviti pecah rumah sebelum dia bersama seorang lagi rakannya menunjukkan lokasi di mana hasil rompakan disimpan.

Menurut media, suspek merupakan bekas pemain bola sepak yang agak terkenal beberapa tahun lalu kerana pernah beraksi bersama beberapa pasukan gergasi Liga Super di Selatan dan Utara tanah air.

Tidak hanya itu, suspek juga pernah berhijrah ke Liga Thailand selama dua tahun selain turut menjalani pemilihan bersama kelab berpengkalan di Jepun.

Kali terakhir dia beraksi bersama pasukan Liga Super adalah pada 2018 bersama kelab berpengkalan di utara tanah air sebelum bekas pemain itu dikatakan menukar haluan dengan bermain bersama skuad Liga M3.

Baca juga: Rindu seorang bapa si pemandu treler, jumpa anak pun di jejantas, “Maafkan ayah nak, ayah jarang balik…”