“Dah macam tak ada hari lain nak baiki jalan, orang nak balik kampung lah!”

Oleh MAISARAH AISYA

Bila tiba musim perayaan, tak terkejutlah kalau jalan sesak ketika pulang ke kampung namun bila ada pula yang baiki jalan maka bertambah ‘jem’.

Tular Isnin lalu mengenai kesesakan jalan menghala ke pantai timur apabila ada kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

isu ini menaikkan kemarahan pengguna jalan raya yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

Malah ia memakan masa hampir 5 jam untuk sampai ke Genting Sempah dari Tol Gombak.

Ini menyebabkan kemarahan orang ramai yang mempertikai kerja penyelenggaraan dijalankan pada waktu tidak sesuai.

Walhal semua pihak sudah tahu ini sudah masuk minggu bagi perantau pulang beraya, apatah lagi perjalanan sudah memakan masa belasan jam ketika musim cuti.

Hal itu turut telah menarik perhatian ahli parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang menghubungi ANIH, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Pihak ANIH menyatakan semua mesin untuk selenggara jalan akan dikeluarkan setelah kerja-kerja siap sepenuhnya.

Memetik ciapan terbaharu Twitter @LPTTrafik, pada pukul 1 tengah hari kelmarin, trafik kembali lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala Kuala Lumpur–Karak.

Baca juga: Pengguna masih perlu sentuh TNG walau diberi tol percuma, ini maklumat penting anda perlu ambil tahu