Dah penat kerja, Zarina Anjoulie luah hasrat nak ‘pencen’ lepas kahwin

Oleh MAISARAH AISYA

Setelah pelbagai drama melanda hubungan selepas putus tunang, pelakon Zarina Anjoulie memberi bayangan sudah bersedia untuk berkahwin.

Zarina sebelum ini bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey, sebelum putus di tengah jalan.

Menurut Kosmo, Zarina dalam hantaran terbaru di Instagram berkongsi keinginan untuk berhenti kerja selepas berkahwin.

“Okay papa (Khazrul), saya dah buat keputusan. Saya nekad untuk tidak bekerja lagi, saya hanya mahu jadi suri rumah sepenuh masa.

“Saya dah penat, saya mahu pencen, malas mahu kerja, biar awak sahaja yang tanggung saya.

“Jadi kerja saya lepas ni hanya jaga dan masak untuk awak, saya mahu rileks daripada terus bekerja, kasi hati awak senang, abadikan diri saya untuk awak,” kata di Instagram.

Baca Artikel Penuh