Dakwa isteri minta duit untuk gugur kandungan, Hafidz Roshdi buat laporan polis

Oleh WAN SITI AMINAH

Sejurus selepas mendapat khabar bahawa isterinya mengalami keguguran, pelakon, Hafidz Roshdi segera membuat laporan polis.

Merupakan laporan kedua, Hafidz pernah ke balai polis sebelum ini kerana isterinya menghantar mesej meminta wang untuk menggugurkan kandungan.

Menurut Hafidz, isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menghantar pesanan tersebut melalui aplikasi Whatsapp pada 7 April lalu.

Meminta Hafidz menanggung kos, Shuhada berhasrat untuk menggugurkan kandungan tersebut pada 8 April, dakwanya.

Segera membuat laporan polis, pelakon yang berusia 29 tahun itu terperanjat apabila dimaklumkan bahawa isterinya keguguran pada hari kedua Aidilfitri.

“Dia ada meminta duit daripada saya untuk tampung kos keguguran. Saya ada menghalangnya dan mengatakan akan bertanggungjawab.

“Saya sudah buat dua kali laporan polis dan biarlah pihak berkuasa jalankan siasatan,” katanya yang popular dengan drama Tundukkan Playboy itu.

Bagai ‘setengah mati’ kerana lelah menjaga dua orang anak, Shuhada dikatakan merasa terbeban untuk menyambut kelahiran cahaya mata ketiga.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menangguhkan kes lafaz cerai di luar mahkamah melibatkan pasangan itu pada 20 Jun depan.

Baca juga: Selamba cabul wanita di tepi jalan, lelaki ini akhirnya berjaya diberkas polis