Dalam pesawat pun ada penyangak, bekas pramugara dedah sindiket selongkar dan curi duit penumpang 

Oleh KIM SYAZIE

Sejak semalam kecoh apabila usahawan sensasi, Kak KM mendakwa wang tunai miliknya berjumlah RM10,000 dan bag berjenama mewah di dalam bagasinya hilang ketika dalam pesawat.

Dia mula menyedari hal itu setibanya di KL dan mendapati terdapat kesan umpilan pada bagasi yang dibawa masuk ke dalam kabin.

Susulan kekecohan itu, seorang pramugara tampil mendedahkan realiti sebenar yang banyak berlaku ketika dalam sesuatu penerbangan.

Menurut pengguna TikTok, Atif Zul, wujud sindiket yang menyelongkar beg dan mencuri barangan milik penumpang dalam pesawat.

Katanya, ia kerap berlaku terutama bagi penerbangan dari China dan Hong Kong.

“Kalau dulu ada pengumuman khas melibatkan penerbangan ini yang mana kita suruh laporkan sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan.

Baca Artikel Penuh