Dapat pendapatan lebih RM100k setahun! Lelaki gelandangan dilarang mengemis

Oleh MAISARAH AISYA

Tiada langsung ikhtiar untuk bekerja walaupun sihat tubuh badan malah sanggup jadi gelandangan untuk raik simpati dan wang dengan cepat.

Seorang lelaki gelandangan di Britain kini dilarang daripada mengemis selepas didapati menjana pendapatan lebih £20,000 (RM114,350) setahun.

Menurut akhbar Mirror UK, James Chamber memperoleh £420 (RM2,400) setiap minggu dengan mengemis di luar restoran McDonald’s di pusat bandar Lincolnshire.

Pemuda berusia 30 tahun itu disabitkan dengan 13 kesalahan mengemis dan satu kesalahan berkaitan ketenteraman awam yang dilakukannya sejak Februari lalu di Mahkamah Majistret Lincoln.

Ketika perbicaraan pada 15 September lalu, hakim memaklumkan bahawa Chambers sering menerima wang tunai, barangan dan makanan daripada orang ramai.

Chamber juga diberikan perintah tingkah laku jenayah (CBO) yang melarangnya duduk di atas lantai atau mengumpul wang.

Malah, dia dilarang mendekati sesiapa sahaja untuk meminta wang atau barangan di bandar Lincolnshire.

Chamber dibebaskan dengan bersyarat selama 12 bulan dan mematuhi tempoh tiga tahun CBO, serta berdepan lima tahun penjara jika dia melanggarnya.

Baca juga: Lebih 5,000 Unit Rumah Mesra Rakyat Akan Dibina Tahun Ini