Seorang pemuda tidak rela dirinya digelar pondan hanya kerana perwatakan dan kelakuannya yang lembut seperti wanita.
Masih mengekalkan gaya rambut yang sama serta berpakaian seperti lelaki, pemuda itu mengakui dirinya masih ‘lurus’ dan menyukai wanita.
Pemuda itu juga cukup kesal apabila masyarakat sering mengaitkan lelaki lembut sepertinya dengan golongan songsang iaitu ‘gay’.
“Nak saja aku serang dan bagi penampar sedas dekat diorang. Ini kau cakap pondan? Aku boleh mengandungkan kau sembilan bulan tau,” kesalnya.
Masih bersabar walaupun hatinya terguris, pemuda itu pernah cuba untuk ‘berubah’ perilakunya seperti jantan tulen.
Tidak mampu mengubah sifat kurniaan Tuhan, pemuda itu kini pasrah dan reda dalam menghadapi ujian yang telah ditetapkan Allah.
Meluahkan kekesalannya di sosial media, pengadu juga berharap orang ramai tidak mengajar anak kecil untuk menggelarkan orang sebagai ‘pondan’.
Menurutnya, tomahan orang dan kurangnya sokongan moral dari keluarga telah menjadi punca lelaki lembut sepertinya menjadi ‘pondan sebenar’.
“Aku ni kesian juga kat parents, mereka mesti nak sangat aku normal macam lelaki lain. Aku selalu berdoa dan merintih pada Allah. Kenapa aku macam ni? Aku nak jadi lelaki.
“Sejenak aku terfikir, Allah tak akan hantar sesuatu yang melampaui batas hambaNya. Ada hikmah Allah cipta lelaki yang bersifat lembut dan lemah gemalai.
“Kita semua tetap hamba Allah. Ujian kita semua tak sama. Dan ‘pelangi’ pun tak sama. Cepat atau lambat, kita akan tahu jawapan dariNya. Semoga istiqamah,” katanya.
Baca juga: Jenis kawan yang susah bayar hutang wajib pakai cara ni tuntut di mahkamah, tak perlu lawyer pun